Hari ni tertinggal henpon. Jadi masa2 yang dicurik sekejap2 tika waktu kerja untuk cek2 henpon terasa perlu diisi dengan sesuatu. Nah..blogging saja lah. Untuk hilangkan mengantuk pun nampaknya dengan cara menaip saja lah hari ini.
Tiada apa yang terlalu menarik untuk diceritakan. Sedikit sebanyak FB sudah dikongsikan pelbagai ceritera harian ku. Jadi aku cuma mahu menukilkan sedikit tentang anak2 ku berdua it. Usia berlalu dan bertambah dengan cepat. Semakin hari kerisauan yang suatu masa nanti aku akan jadi orang asing bagi mereka itu semakin menebal. Walaupun masih jauh rasanya tahun2 yang memungkinkan perkara ini, tapi memang itu lah aku rasa.
Xiyad sudah 6 tahun. Well, mengikut tahun. Usia sebenar baru 5 tahun lebih. Jadi tahun depan sudah perlu memulai sessi persekolahan darjah 1. Xiyad masih belum kenal huruf jawi sepenuhnya lagi. Tersangkut2 bila sudah sampai huruf Rho dan seterusnya. Bacaan rumi, Xiyad baru mulai mengenal perkataan yang ada 3 huruf. LAM, CAN, TIK. Teknik Phonic ni memang berbeza sedikit caranya. Rasa menyesal pun ada hantar Xiyad ke sekolah yang gunakan konsep phonic ni. Ada kelebihan dan kekurangannya. Cumanya, dengan sifat2 Xiyad yang tersendiri itu, terasakan phonic tidak begitu sekufu dengan dia.
Nak berikan pemahaman pada Xiyad utk suku kata 3 huruf itu 1 cabaran. Lepas ini cabaran lain pula menunggu. suku kata 4 huruf. Dan yang paling aku risau sekarang ni, boleh kah XIyad menulis apa yang disebut. Cara umum mengenal huruf..kita kenal kan dengan cara H.A bunyinya HA. H.A.S? Bunyinnya HAS. Begitu kan. Tapi phonic terus dedahkan anak2 ini dengan HAS it adalah has. Lebih pada cara memori untuk mengingat yg HAS itu adalah HAS. Memang diajar HA..S....bunyinya HAS. Tapi cara phonic ni kelihatannya cenderung untuk membuatkan anak2 untuk menghafal. Hmmm..
Takpelah..aku kena lebih rajin untuk berikan perhatian pada pembacaan Xiyad dan tune sedikit mana yang perlu ikut kesesuaian cara pemahaman Xiyad. Xiyad pun sudah mula rajin untuk belajar membaca bila di rumah. Sebab itu je cara nak kecek mak ayah dia untuk layan youtube kat phone bagi masa yang telah ditetapkan. Nak layan ben 10. Takpelah..at least ada perangsang untuk dia kan.
Jadi tinggal kami lah kena rajin untuk selitkan mana yang perlu untuk bantu Xiyad fahamkan semua ni. Aku yakin kalau tiap malam Xiyad belajar membaca ngn kami ni..insyaAllah dia boleh baca by end of this year. Cumanya pemahaman nk merterjemahkan sebutan dengan penulisan tu..totally different thing pula. Kena fokus pada benda ni pula nanti.
Ok, selain topik pembelajaran..Xiyad dah mula bijak untuk menipu. Tak tahu lah nak dipanggil apa secara lebih sopan. Tapi memang menipu la senang cerita dia. Bila dia ambil sesuatu, atau buat sesuatu..dia sudah pandai nak menipu dan katakan tidak. Biasalah tu. Cuma kami kena fokus lah pada Xiyad untuk perkara2 macam ni.
Semalam carikan hadiah harijadi sepupu Xiyad di kedai cenderamata. Ada mainan2 juga. Kebetulan kedai tu tiada mainan2 kegemaran Xiyad. Xiyad cuma pegang2 bola pokemon je. Aku ni nak kata berkira..tidak juga. Banyak dah mainan aku belikan XIyad. Cuma, mana yang aku rasa Xiyad tidak sungguh2 minat, aku elakkan untuk beli. Nak dijadikan cerita, masa nak keluar dari kedai, aku nampak Xiyad pegang sesuatu. AKu tanya XIyad.."Xiyad pegang apa tu?". Dia menyorok belakang emak dia dan cakap "takde apa...takde apa ayah".
Aku rapati dia dan capai tangan yang pegang sesuatu tu. Oh, dia ambil patung pokemon kecil yang ada dalam pokeball tadi. Aku cakap dengan lembut,
"Xiyad tak boleh ambil barang macam ni. Ini orang punya. Mana boleh ambil. Kalau Xiyad nak, Xiyad tanya ayah la..faham tak...ini mencuri ni namanya..ayah tak suka. Allah marah.. Faham tak? Mana XIyad ambik ni..jom letak balik"
Lepas aku puas hati macam dia faham, kami pun pergi ke rak yang tempatkan pokeball tadi. Sambil letak balik, aku belek harga RM5.90. Memang boleh beli. Tapi aku tau Xiyad tak minat sangat pun. Sekadar rasa ingin memiliki dan dibiarkan begitu sahaja nanti. Jadi aku bagitau Xiyad
"Xiyad tak main sangat pun pokemon ni kan. Ayah tak payah beli ye. Banyak dah mainan XIyad dekat rumah. Ingat..ayah tak suka ambik barang2 orang ni. Xiyad buat lagi..ayah pijak tangan tu..nak?"
Sungguh2 dia jawab taknak. Ye..Xiyad ada satu rasa takut bila aku bagitau dia bakal hukuman yang menanti bila dia buat sesuatu yang salah. Kenapa dia takut? Sebab aku tak pernah tipu. Bila aku cakap dapat penampar..memang penampar lah yang dapat. Jadi..ye...kalau dia buat lagi curi tu...memang aku akan pijak tangan dia..Tapi tahap pijak tu..memadai lah pastinya. Jadi bila aku bagitau dia apa yang bakal dia rasa, memang dia akan takut sungguh-sungguh.
Kami pun ke rumah adik aku untuk sambut harijadi Nina sepupu Xiyad tu. Main la diorang ni. Kejap gaduh kejap baik..gitulah. Lepas majlis, aku singgah checkers untuk beli2 sedikit barang2 keperluan. Ada insiden orang potong line, aku macam mahu sound je, tapi terasa macam tak perlu pula. Yelah zaman sekarang ni, sound potong line pun mungkin akan menyebabkan leher kita dipotong. Zaman orang sudah tiada pertimbangan kan. Tapi apa yang jadi lepas tu lebih mengganggu aku. Aku siap2 masukkan barang ke dalam kereta, Xiyad masuk kereta, aku perasan ada patung batman bawah bantal Xiyad.
Terus aku tanya...mana dapat patung batman tu? Dan Xiyad kata takde...takde. "Bagi sini ayah nak tengok". Aku tegaskan suara. Dan dia hulurkan patung batman tu. Aku belek dan aku rasa kedai cenderamata tadi takde jual batman ni. Kalau ada, memang aku dh belikan sebab Xiyad tengah minat batman. Aku pun tak pasti samada batman tu dah lama ada situ ke tidak.
"Xiyad ambik dari mana ni?? Kedai tadi? Kawan punya? Nina punya?"
"Entah. tak tau"
tuddia..pandai dia mengelak. "Xiyad memang nak kena pijak tangan ye?"Meh sini". Masa ni Xiyad dah start nak menangis dah mengenangkan apa yang bakal jadi kat dia. Tapi sebab kami nak menghala balik, sudah dekat jam 7 petang. Aku sabar dulu lah. Aku denda dia tak boleh makan jajan yang diambil dari dalam tadi. Dia balas "Alaa..ayah..rumah jauh"
"Sapa suruh ambik barang orang? ayah dah bagitau kan tu mencuri namanya. Siapa punya"
bla bla aku tazkirah campur2 tegas and lembut. Bagi can lah sebab baru semalam dia dikenalkan dengan mencuri ni. Tapi jangan pandang rendah conscience seorang budak 6 tahun. Dia tahu dia buat benda salah sebab dia sorokkan patung batman tu. Dan bila kita tegur..muka dia terus berubah muka orang bersalah. Jadi, jangan ambil remeh. Diorang tahu. samada separa tahu ke apa, wallahualam.
Jadi tak makan jajan lah dia dalam kereta. Sampai rumah aku suruh bawa masuk batman tu. Dia hesitate. Nampak? Dia tahu. Aku sambung lagi nasihat pasal ambil barang orang. Malam sikit, bila anak isteri sudah naik tidur, aku wasep adik aku tanyakan samada NIna ada ke mainan batman tu. Dan adik aku cakap ye..tu mainan Nina. AKu minta maaf la kat adik aku sebab ambil barang tu.
Pagi tadi masa mandikan Xiyad aku bagitau Xiyad,
"Xiyad, Nina bagitau Xiyad amek Batman dia. Kenapa XIyad ambik"
"Bukan ayah. tak tau"
"Jangan menipu. Mak Nina bagitau ayah, Xiyad ambik batman Nina. Kenapa buat macam tu. Ingat ye. Tak elok ambil barang orang. Allah tak suka. Ayah tak suka...Faham tak?"
Xiyad mengangguk faham
"Kalau kawan XIyad datang, lepas tu ambil mainan Xiyad...Xiyad suka?"
"Taknak taknak"
"Tau pun..Jadi Xiyad pun tak boleh ambil barang orang lagi lepas ni. Faham"
Lepas tu kami turun bawah untuk bersiap. Batman tu ada atas sofa. Xiyad pandang aku dengan muka bersalah. Again...Budak faham dia buat salah.
"Takpelah..Nina bagi Xiyad main..tapi lepas ni awak buat lagi..ayah pijak tangan tu. Faham??"
Itulah kisah nya pasal Xiyad. Moga Allah lembutkan hati anak aku untuk cerna mana yang baik dan terus jadi anak yang soleh untuk kami. Aminnn
read this entry further~~