Buatkan air utk husband nampak macam remeh...tapi seremeh2 benda tu, ada satu signifikasi yang besar dalam asam garam dunia berumahtangga ni. Hanya kerana secangkir kopi, bisa menentukan mood dan suasana dia rumah pada hari itu.
Cembam selalu buatkan air utk aku. Memang best. Dia sll akan tanya dulu nak air apa. Sebab Cembam tak minum kopi and kat umah ni skang ada habbatus sauda, kopi, teh serbuk, teh uncang dan macam-macam lagi. Ayat aku selalunya;
"Kalau mu nak minum gak wat teh la..kalau aku punya je, wat la kopi"
And memang Cembam tak pernah la saja2 tak buatkan air. Cumanya..utk satu senario ni. Kalau petang itu hujan, dan aku naik moto. Kompem la aku kena stay lama skit kat opis tunggu ujan reda. Yelah, aku ni tak beli2 lagi baju ujan baru. Yang last dulu aku bagi kat mak aku sbb masa tu dh mula jarang naik moto. Skang ni opis baru kena bayar la plak parking keta..malas la..nek moto lagi baik.
Satu malam ni, Cembam mintak aku belikan burger sebab dia tak larat nak masak. Aku tak kisah la. Lepas nmpk ujan dh mula reda aku kuar dari opis. Tapi upanya masih rintik2. Basah jugela aku. Aku singgah satu kedai ni, tapi tak jual burger. Kena la plak pergi tempat lain. Dah la basah2, kena cari gerai plak. Tapi utk isteri kan.
Smpi kat gerai tunggu lagi dalam sejuk2 tu. Buleh tahan lambat gak tukang wat burger tu. Dalam kepala aku start kuar dari opis, "jaga la dia kalau balik ni takde air panas". Selalunya aku balik mmg air tak masak lagi. Time aku tgh nak tu la baru nak masak air...aduuuu. Jadi aku mmg berharap sangat malam tu bini aku ni dh alert sbb 2-3 kali aku tegur. Siap dlm kepala tu dh terbayang scene aku hempaskan burger tu bila balik bukan setakat takde kopi tp air pn tak jerang lagi kan.
Lepas siap burger aku pn menuju pulang. Dalam kepala macam2 senario lah. Nak diamkan je kalau takde air, nk marah, nk perli ke apa. And kalau mmg ada air nak kiss terima kasih ke apa kan. And moment of truth, aku buka je pintu umah, tgok heater tu mmg takde air. Pergh~~~ tengah sejuk2 tu hati aku memang panas gile lah...
Aku letak burger atas meja, masuk bilik tgok bini aku tgh baca yasin. Haishh~~~~ terpaksa sejuk skit. Aku mandi2 n panaskan air. Abeh smyg aku tak toleh pn bini aku kat tepi tu, terus lepak tgok Astro and open PC tggu air masak. Tp bila aku tgh dok surfing bini aku tanya "nak air apa?". Dia perasan aku jerang air.
Hmmm~~~ takpe la..sebaik la dia tanya gak waktu aku tgh leka cmtu. Memang marah tp terpaksa la tak marah. Harapnya lepas ni aku sejuk2 tu dah ada la air...Remeh je kan? Tapi nampak tak impak dia?
Selamat berbahagia di alam rumahtangga =]
2 comments:
ondaway balik better ko msg dulu...'ujan ni.sejuk.nanti sampai nak kopi.lepas tu boleh peluk2..'
haha.
betol benda remeh.tapi boleh buat hati panas.jadik sms dulu solution terbaik..
ala..mmg leh wat cmtu kueh bakar...tp asek nk remind je..kita kena test gak..hehehe
Post a Comment