Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sorang-sorang takde partner

Sunday, August 01, 2010 | | 1 comments
Us

Semalam, aku gi Birthday Party Zaffar yang kedua. Macam tahun lepas, pasangan Zuhri dan Marlena mintak aku amek gambar untuk the whole party as I did before. So, as usual aku datang awal skit sebab takut jem ke apa kan. Tahun ni pun kali pertama berkunjung ke rumah baru mereka kat USJ.

Mereka-mereka dalam gambar ni adalah kawan2 pasangan ni yang secara otomatiknya jadi kawan aku juge mulai hari tu. Nice friends. And yang paling best..sume dalam ni kahwin tahun kecuali gadis paling kanan baju bintik2 tu Cikgu Murni yang bakal melangsungkan perkahwinan beliau ujung tahun ni. Memang best la..satu geng ni kawin 2010.

Smlm diorang datang dengan pasangan masing2..Awyn yang di tengah baju biru berdiri di belakang dah mengenakan tudung..begitu juga Marlena yang didepan, tuan rumah...juga sudah bertudung. Alhamdulillah.. Yang laki lain tu tak dapat hadir. Bila lepak2 masing2 ada pasangan. Demmm!!!

Leh plak si Sher bagi ayat "Mesti you sunyi kan takde partner". D.E.M!!! Ahahahaha..terus terasa jadinya..Huhu..takpela..yang penting aku sentiasa merinduimu..Nyaiku terchenta!!
read this entry further~~

Bunting sudah kawan2 kami

Friday, July 02, 2010 | | 1 comments
Pagi tadi kawan baik aku telefon. Baru balik darat lepas ikut husband naik kapal selama 3 bulan kalau tak silap aku. Dia mintak aku compose and edit gambar2 sepanjang percutian dia untuk dimuatkan menjadi album kenangan. Aku OK je..tapi masalahnya album kawin belah aku pun tak siap2 lagi. Time pose la pulun..time tak buat apa kan..

Then dia bagitau aku yang dia dah pregnant dah. 2 bulan dah. Wah..memang betul2 pulun atas kapal tuh. Aku tumpang hepi la. N yg lagi best kawan lagi sorang pun dh sebulan pregnant. Husband dapat tukar KL terus wat anak lain..wahhhh~~~ memang best lah. Tumpang hepi je la aku..eekekeke

Aku bagitau Nyaiku Cembam and dia tanya aku tercabar ke?? Ekekeke..tak pun. Kalau ada alhamdulillah..takde pun alhamdulillah. WIfe ku skang dok sorang kat umah sewa tu. Housemates sume dh kuar ikut suami. Dia je tak dapat pindah. Kalu sorang2 pregnant susah la..sian kat dia..sebab tu aku tak kisah sangat pun


Diorang ni la yang dah pregnant tuuuuu~~
read this entry further~~

Update on us..3months 2weeks and 2 days after marriage

Wednesday, June 30, 2010 | | 0 comments
Huuu~~~

Finished with all the work-related issues that need to be attended. The sky seems clear and a nice sign for a nice tennis session. But the rain is yet to come..who knows.

It's already more than 3 months...well actually some pessimistic would say it has just been 3 months after the vow. Hee..We still live separately. The first transfer request has been turned down just like that. They don't need extra english teacher here in Klang valley area. Shoot.

Well, during the last school holidays, we have had our honeymoon. 2 simpla places. Redang and Cameron Highlands yet we enjoyed ourselves to the max. Oh,here is the story of the Redang version if anyone would be interested to read;

Honeymoon - Redang Island

Redang Part I
Redang Part II - Snorkeling
Redang Finale

And I'm in the middle of composing and finishing our Cameron Highland Honeymoon entries. Gonna be updated here later in the next entry. We had a blast and we pray for the longevity of our marriage filled with happiness. Amiiinnn~~~
read this entry further~~

Family outing. Detour dari I-city ke Uptown S.Alam

Tuesday, June 01, 2010 | | 2 comments

Disebabkan I-city punya la penuh dengan manusia dan kereta yang tak dapat tempat untuk parking, kami terpaksa balik saja dari sana. Tgok dari dalam kereta saja lah I-city yang berwarna warni tu. Mak pulak dah start mabuk. Layan sembang ngn Nyaiku Cembam je la sepanjang menunggu dapat keluar dari I-city tu.

Shah Alam Uptown 1

Perut sudah lapar, kami pun terus detour ke Uptown Shah Alam. Dok satu restoran yang selalu kami singgah (lupa lak nama dia). Tengok muka mak tu dah mabuk sambil pilih makanan.

Shah Alam Uptown 2

Shah Alam Uptown 3

Esoknya nak pergi konvokesyen adik pompuan aku sorang ni la. Tengah ngandung tu. Ntah tahan ntah idak dok dalam dewan tu berjam-jam. Siap tak kisah kalau mak abah tak masuk. Huhuhu.

Shah Alam Uptown 4

Abah kalau ajak berjalan memang hepi le. Kalau lah kat umah kampung tu pun dia hepi dan mudah dihandle..tak ke best. Oh, Nyaiku Cembam lupe lak nak amek gambar. Tapi sonok ada wife kat tepi, Makan pun selera.

Harapnya dapat berkumpul lagi lain kali.

read this entry further~~

Contest Gaya Mandi Paling Comel!

Monday, May 24, 2010 | | 5 comments
Terserempak ngan kontes gaya mandi paling comel yang dianjurkan oleh mama balqis nih. Hehehe. Teringat plak kat arkib gambar tu ada gambar Hasanah mandi..Haaa..so, kita try cuba luck le kan. Kalau nak tau lebih lanjut pasal kontes ni, korang try la klik gambar poster kontes ni atau yg kat sidebar tu..try je. Haa..cuba cek kot ada gambar anak korang yang menarik time mandi.

Giveaway mamabalqis


Ok, Mama Balqis kata satu gambar. Tapi dia juge bagi syarat mintak cerita skit pasal kisah mandi yang diambil gambarnya tu. So, alang-alang nak citer..aku letak je la 3 keping gambar ye Mama Balqis. Nak citer punye pasal.

Naughty Hasanah

Mula tu aku dokong Hasanah dan kasi dia sentuh ujan yang menitis dari bumbung tu. Baru lepas ujan masa tu. So dh layan tu aku pun masuk layan laptop. Sekali si Hasanah ni ilang plak. Aku cek kat luar, upanya dia senyap-senyap sambung main titis air tu kat luar. Gambar kat atas ni reaksi dia bila dah kantoi. Ngan muncung dia tu.

Hasanah getting bathed

Pastu mak aku nampak terus kata"ya allah~~~". Aku nak mandikan terus, tapi nak amek gambar punya pasal, aku mintak mak aku mandikan lah..ehehehehe. Pose dia ni macam nak kata "No picture please". Hehehe

Hasanah playing water

Then dah siap mandi, kena la basuh kaki nak masuk umah..so kalau Mama Balqis strict kena satu gambar, saya pertaruhkan gambar kedua tu. Okeh, follow dua2 blog pun sudah. Harapnya ada luck la. Hehehehe!!!! Eh, pada Mama balqis dan Faizzal, ntah kenapa saya punya gambar kat follower tu jadi yg macam secretly follow. Elaineemelda tau. Kot anda berdua tak nampak sy follow.

Nama penuh : Nur Hasanah
Tarikh lahir : 16 Jun 2007

read this entry further~~

Yeah..menang contest voucer jalan-jalan

| | 2 comments
Hehehe..pagi ni Chatbox aku telah diterjah. Tapi Chatbox blog lagi satu. Aku menang contest giveaway yang IbuDamia anjurkan. Tengok entri sebelum ni ada pasal contet tu. Hadiahnya?? Aku dapat voucer diskaun masuk tempat-tempat menarik kat Melaka. Yeahh!!!


Leh la aku bawak wife ku tu jalan-jalan nanti. Sebelum 31 Julai tu. Fuh..kena cek dulu duit ada tak. Kena plan betul-betul ni gaji. Huhu. 

Mekasih ek pada Nana, Amrul dan si comel Damia. Semangat nak masuk contest lain nih. Hehehehe!!!
read this entry further~~

Honeymoon~~ here we come

Tuesday, May 18, 2010 | | 0 comments
Just some more of us

We have planned to have our honeymoon on 13-20th June. 13th-15th would be spent on Redang Island. We have already paid the booking money. A 3 days-2 nights vacation, 2 times snorkeling sessions and hopefully the meal is included as well. Err..need to check that one. I'm not sure what is the resort/chalet's name.
On 17th-18th June, my wife really wants to visit Cameron Highland. She has never been there. So, apart from the fact that I've already been there and there's nothing much to be seen, it might be a whole lot better to visit it again with my beloved wife. So, I've already booked Hotel Titiwangsa for that dates. 

Bala's Chalet is already full on that date. So, I just tried my luck with Hotel Titiwangsa and nailed it. I don't think it's more than 2-star hotel. But still OK la. As long as there's a hot shower and a nice bed. Looking forward to our honeymoon.
read this entry further~~

Giveaway From Us

Wednesday, May 12, 2010 | | 0 comments
First time join contest kat blog ni. Aku terserempak contest ni dari blog Ummie_mierahaziq. Aku terus check and cam menarik. Walaupun skema pemilihan pemenang adalah random. Tp sapa tau kan. Kot menang. Hehehe..

Ok, contest ni dianjurkan oleh Blog IbuDamia. Ini adalah contest kedua yang dianjurkan oleh beliau selepas contest yang pertama tu mendapat sambutan hangat meletop-letop. Jadi contest kedua ni dianjurkan oleh beliau utk menghangatkan lagi blog beliau.

Giveaway from us contest


Haaa...klik je gambar di atas untuk tahu lebih lanjut pasal contest ni. Happy betul kan family diorang. Itu sebab wat kontest nak kasi share itu happiness ngan kita. Haaa..klik ye untuk tau lebih lanjut.

Hadiah cam best tau...



Memang target nak dapat vaucer ni. Leh bawak bini ku jalan2..yeahhh... Haaa..tunggu apa lagi?? Jom meriahkan lagi contest ni..

read this entry further~~

New DSLR vs new family

Sunday, May 02, 2010 | | 3 comments
This weekend, it's my wife's turn to come and visit me. Plus, we spent the weekend with my parents. My sis and her hubby were at home as well. Apart of the slight interruption on the bus schedule, my wife arrived at Bukit Jalil station around 9.15 P.M. Fetched her up and had our dinner at Soho Bangi as she needed to deliver something to her sister.

We spent the night at my sis' house and went home the next morning. I admit that I looked a bit gloomy every now and then along the journey in the car. Everytime I remembered about my stolen DSLR, I was like so sad reminiscing all the pictures I've taken with it at so many places. We did discuss how I could own a new one in the future in the given financial situation. The bonus seems to be the only option. But it's not that much.

We are planning to have our honeymoon at Redang Island from 13-15 June. The black pitch sorrow sucked me in when I tried to imagine how suck would it be spending your honeymoon without the camera. Urghhh~~~~


To own a new DSLR needs a really firm and organized budget. And the most important thing is "kena pejam sebelah mata". Coz if you think about it, the money could buy lots more things rather than that one fat fancy thing that could take a nice picture. Huhuhuhu
read this entry further~~

Weekend wihout wife

Sunday, April 25, 2010 | | 5 comments
Huu~~ I'm almost at my end of salary. Another week to go before April's paycheck. Due to that, the trip to visit my wife for this weekend is a No for me. That makes it Cembam's turn to come and visit me. But, she has an event to be attended at her school. So, it ended up into a conclusion that we are not gonna be spending this weekend together.

Sigh~~~~



A challenge that needs to be faced by a long-distance couple especially with a difference weekend days. Usually when I paid Cembam a visit, the Sunday would be spent alone inside her room. If her housemate was not home, that I could lazing around in the living room and cooked the rice while waiting for Cembam finished her school.

Then we would have lunch together, pray together and lazing around watching Astro or having our siesta while waiting the time I need to hop on the bus and heading KL. So missing her
read this entry further~~

My hump..my hump my hump my hump..check it out

Friday, April 23, 2010 | | 7 comments
Kami sedang berbaring-baring atas katil lepas bangun pagi dan semayang subuh jemaah bersama. Tiba-tiba bercakap pasal bontot.


Cembam : eh, wah...pejal tu bontottttt

Aku : of courseeeee. lagi seksi dari bontot kau

Cembam : compare-compare. sambil wife ku pun ikut meniarap

Cembam : alaaaa...bontot orang tak naik pun. bontot dia naik tuuu

Aku : Hehehe..dah cakap kan bontot aku lagi seksi dari bontot kau..ahahahaha

Leisure talk among married couple. Hehehe. We was staying overnight at the chalet around Ateh's office after my wife's car was hit at the back by an unknown car which just sped away leaving them by the road. My wife and her sister couldn't even get the number nor what type of car that hit them.

Pity. Read more here.
read this entry further~~

A month married~~

Thursday, April 15, 2010 | | 8 comments
This morning Cembam texted me. I read it when I just woke up from my sleep;

"Arini dah genap sebulan kawen la...heee..bahagia tak kawen dengan aku?"

Aku yg sedang mamai, punched the number and replied to her;

"wah..sebulan baru. Haha..emmm bahagia tak ek..emmm..gosok gigi dulu la..ahaha"

Ekekeke..sometimes, some questions are best to be left unanswered. Ekekeke. Hmm..a month has passed. So far, the marriage life is not fully experienced yet as we are still living under the separate roofs. But the challenge to fulfill my wife request visiting her every weeks seems to be needing a lot of effort, financially and timely as well. The difference weekend adding up the icing on it.

loved 
Us, while waiting for the mak andam to finish make-up my sister before it's Cembam's turn.

Far the past one month, Cembam managed to adhere to my simple request. Kissing my cheek everytime I felt I need one, packing up my stuff when we were about to leave the house. But sometimes I'm the one packing up her things though..hmm.thumbs up for me~~, making me drinks everytime I feel thirsty and lots more. I felt so having a wife. Hehehe.

But there are also several things she still need to adapt. She always forget to shake and kiss my hand. When I was opening the door for her after her school ended and when I fetched her from the LRT station in the car. Usually I would said something sarcastically like;

"Dah la balik sekolah tak salam Laling, tanya benda bukan-bukan terus"

Hehehe..I bet she will get used to it slowly. Anyway, it's a nice thing to have your soul completed. I always hope and pray that no one would ever stand between us and shakes our marriage. We want to be happy, romantic and full of love all the times. Amiinnnn~~~
read this entry further~~

My first celebrated birthday with my family

Thursday, April 08, 2010 | | 5 comments

Late update. Habis kenduri belah Terengganu, kami dh lama plan nk balik hari Rabu 17hb. Kiranya stay 3 hari juge la kat umah in-law lepas kenduri tu. Siapkan and bersihkan apa yg patut sume. Mak and ayah mertua pun dh bagi kebenaran untuk balik awal skit instead of gerak sekali ke Sabak Bernam. Aku nk tolong2 kat umah. Sebab anak laki aku sorang je. Adik laki aku takde.

Kebetulan mmg esoknya plak 18hb birthday aku. So tolak 17hb petang tu tido S.Alam umah adik aku. 18hb tu dalam kul 12 tengahari kami ke LCCT ambek Osman yg baru smpi dari Brisbane. Dia datang utk kenduri kami dan bawa kak wa balik Ausie. Aku sempat gak la ikat bumper depan keta wife aku. Langgar tayar pecah lori yg melintang tgh2 jalan. Mana nampak, gelap..aku kat lane paling laju. Cebisan tayar tu plak meluru arah aku. Hmmphh..langgar je la. Tp sebab bumper SE rendah..pecah.

Sampai umah kuarga sambut. Tengok pelamin dh siap. Masa ni lgsug lupa yg sebenarnya pelamin tu aku mintak silver atau grey je latar blkg, so warna baju akan timbul. Tapi lupa langsung. Mahgrib camtu abah balik dari pekan ngan adik. Upanya abah belikan kek harijadi aku. Adik2 and akak aku jeles je.


"Tak pernah-pernah abah beli kek tau", kata adik
"Well..anak kesayangan", aku jawab kasi panas lagi..ahahahhaa.

So malam tu sempat la wat upacara potong kek. Tapi buat gitu2 je sebab sibuk ngan persiapan kenduri. Ada sepupu2 kecik tu..haa..perabih la kek tu. Aku dh tak minat dah nak makan sejak tahun lepas projek asal roll-out je dapat kek..muak dah..secret recipe ke apa..tetap muak dah.

Birthday 4


So ni antara gambar2 yg adik aku amek. Ada yg out of focus. ada yg gelap..noise terus aku boost terang. Tp takpe la..moment yg dicapture tu tetap indah. ehehehe.Sori ye Cembam, kena letak stoking tangan pelesu. Laling mau izinkan letak kat tenet, takut tak cukup pahala nak cover. Ekekekeke


Mekasih ye abah, belikan kek utk anak mu yg kacak comel dan baru kawin ni. Hehehehe...

Cembam kena buli suh kiss aku..ekekekeke. Oh ye. Rasanya ini kali pertama aku nye birthday di sambut dengan famili..hehehehe. Mmg memorable.

read this entry further~~

Resepsi Seberang Takir

Tuesday, April 06, 2010 | | 2 comments
Arkkk~~~ Aku bawak keta petang semalam ronda2 kampung Binjai, Kemaman ni cari port orang main takraw. Tp sudahnya mmg tak jumpa. Last2 pickup wife aku dari sekolah n gi carik makanan kat pasar malam situ..Tp tak malam la time pergi tu.

Petang ni pn mmg sangap aku dok umah. Takde tempat nk beriadah le. Camne le kome-kome leh lepak umah petang2 tak buat pape. Nk hadap laptop dh muak..nak hadap bini??ekekeke...dia kata mau tidur, jangan kacau..penat kat sekolah. Haaa...So, aku pn terlelap la juge kat tepi beliau, bangun pening sudah..sbb tu tak digalakkan tidur lepas asar ni.

Ok la, sambung versi ke 4 My Big Day. Abes nikah2 sume tu, aku siap2 kat homestay. Time tu pakcik sorang tanya bila stat. Bgtu la kul 2. Sekali dh smpi depan umah takde daaa..Makanya mmg famili2 aku yg ciput ni je la berarak. Tp kecuakan itu ilang bila tgok wife aku adik beradik dia 2 orang je tggu kat pagar. Wahh..cukup byak dh rombongan aku nk dibandingkan beliau. Ahahahahhaa~~~

Ni Along. Dia la yg paling rajin sekali. Masih single ye..Cantik, stable dan berkerjaya. Sempoi dan mesra. Mahu try anta la CV kat aku ek.

Senyum lebar Cembam dpt kawin ngan aku..ekekekeke.

Gaya senyum Cembam yg terbaik setakat ni. Ala2 model gitu

Turqoise3

Ayman dan wife yg sudi datang pada hari tersebut. Mekaseyyy~~~~

So gerak le aku Raja sehari masuk umah. Panas bhetttt pakai baju pengantin ni. Jadi bahan tatapan macam tugu kat muzium je haaa..Abeh tu gi makan beradab. Pakai tangan je. Lapar weh. Ada la udang goreng yang lazat aku bedal. Tp aku doa dah tau. Ahahaahaha~~~~. Eh, wife aku nyampuk lak tgh tulis entri "orang tak makan pn udang". Hahaha...jaga gincu..sapa suh..

Abeh makan ada pakcik yg mintak beransur. Famili pn beransur juga sebab diorg nk ke pasar payang dan ke masjid kristal. Aku dok luar sat tgok ada ke tetamu yg aku perlu salam2. Tp adat kat ganu lain, aku tkyah salam sangat..tak kenal pn. So msuk blik sat, shoot, belah kek and then aku tggu wife aku smyang n solek kali kedua utk outdoor.



Pose terakhir dlm bilik sebelum outdoor

Kami kuar dlm kul 6 pas siap mekap ke masjid kristal ditemani adik bongsu wife aku ngan sepupu beliau. Ada 2 lg psangan shoot kat situ. So tak kekok sangat la. Yg tak tahan tu time tengah posing ada makcik tu tanya, "ni model ke kawin betul?". Kami jawab la kawin betul, majlis baru lepas. Pastu aku bisik kat wife aku. "agak2 la model..tau la hensem dan cantik kan...wahahahahaha". Then tetiba lagi sorang makcik lalu, pass kamera beliau kat fotografer aku ckap nk bergambar..WAHHHHH~~~~ popular siut. tp bukan salah makcik tu nk bergambar, dh memang kami berseri meri kannnnn~~~

Masa ni ramai tgok ....segan. Tp bila ada yg kata dr jauh.."sweetnya". Terus OK je..ekeke

Turqoise8

Cembam was not helping..tak menginjak langsung masa aku angkat. Terpaksa bergantung pada keupayaan muscle bisep dan  tricep ku yg gagah ini.

Turqoise7

Turqoise6

Fuh..aku suke gambar ni. lagi2 selepas aku edit begini..ehehehe. Mesej dapat disampaikan

Time pose kat tepi pagar hadap sungai pn satu bot ni ramai2 lambai kat kitorang..wahhhh~~~~ siyes dia tak lambai pasangan yg lagi dua tu tau..so kami pn lambai la ala2 rajaaaaeeee~~~~ Ahahahaha~~~. Haaa..kauuu~~~ Femes gituuuu~~~. Tp matahari turun sangat cepat. Mula2 panas pastu tau2 dh gelap. Bila stat nk azan maghrib kami pn beransur pulang.

Masa ni fotografer shoot utk ambik candid moment. Smbil jln aku ckap kat Cembam "wat mcm besa..sembang something. Haaa..Malam ni camne?". Then Cembam jawab "eeeiii..takut la..tkyah dulu ek..". Ekekekekeke.

Time amek gambar ni la...satu bot sudah lalu smbil melambai..kami pn lambai balas la..ada gambar bot tu..tp gelap..tak edit lagi.

Kualiti gambar out skit..sbb gambar gelap. Dh edit to the max dah ni..

Turqoise14

Fuuhhh...mmg penat jadi pengantin. Kuarga aku lak buleh serempak gak ngan aku masa kat masjid kristal. Ekekeke..Diorg singgah beli kopok. Baju aku kat homestay. Jadi time kat umah mertua, aku set nk jamak takhir smbil tunggu mak mertua aku tapau kan makan malam utk famili aku. Smbil tunggu bodoh, mandi pn takleh kan..takde baju..aku gi la tolong ayah mertua aku yg dh pun sibuk2 basuh periuk besaaarrr tu. Ada 6 gak le..tonyoh..pakai singlet n suar butik. Ahahahahhaha.

Siap sume, aku anta mknn and mandi kat homestay. Then balik umah mertua sebab ada kawn wife datang. Fuhh..abis sume tu baru aku rasa penat. Terus masuk tidur..tutup lampu n dendangkan lagu Selamat Malam dr Faizal Tahir utk wife ku. Ekekekekeke~~~
read this entry further~~

14 Mac - Kami bersatu~~

Sunday, March 14, 2010 | | 0 comments
Yep...Blog ini secara rasminya menggunakan perkataan Ours secara halal ye...hehehe. Kami selamat diijabkabulkan pada 14hb Mac di rumah in-laws aku beralamat di Telaga Daing, Seberang Takir. Hehehe..Rasa lega sebab semuanya dh selesai.


Aku, isteri dan dot dot dot dot..4 dot sbb ada 4 adik beradik puang berbaju merah. Lepas akad, baru aku toleh tengok Cembam, aku nmpk muka dia iras someone, selebriti..tp aku tak dapat nk teka. Lamaaaaa baru aku dpat nmpk iras sape..Catriona Ross..korang tak rasa gitu?? Hehehehe

Aku selamat diijabkabulkan selepas 2 kali akad nikah ye. Tak dapat wat sekali je. Tp sebenarnya bukan sbb tak pass..cuma cara setiap imam dan negeri tu buat lain tau. Meh baca apa jadi;

"Abang, aku ada bukti secara video ko kena buat 2 kali", adik aku tersengih2. Itu benda pertama dia ckap kat aku pas aku setel nikah..ahahaha..

Ini ayat tok imam merangkap kadi sempoi pagi itu sebelum nk menikahkan aku;


"Kita nikah ganu, buat cara ganu la ye. Sedara saya nikah kat Selangor kena ikut Selangor..dia tknak ganu punya style..Jadi, saya bukan la nak balas dendam ye (smbil senyum sinis). Jadi lafaz akad dia -Aku terima akan nikahnya dengan mas kahwin yg tersebut-. takyah sebut nama, tok imam sebut sudah"

Masa tu mmg siyes aku tak nebes lgsg..dr seminggu sebelum nikah dok tanya hati.."tak nebes lagi?", 3 hari sebelum, sejam sebelum..smpi saat akhir..upanya mmg aku takde rasa gemuruh. Tp bila tetiba akad tu lain dr yg selama ni aku tahu...gabra skit. Ringkas sbnrya drpd yg biasa, tp nk ingatkan time tu gak kan..Agak gementerrrr juge.

Aku lak pndai2 nk kasi imam dengar jelas. Aku tak tarik nafas, tp aku berhenti sekejap lepas 'nikahnya', bertujuan nk kasi dia betul2 jelas dengar. Sekali Imam itu kata bukan senapas daa..tu yg ulang lagi sekali..tp takpe la..ahahaha. Yg pnting mmg cool abis masa tu..nyiahahaha!!!!

Petang Jumaat aku bertolak dr Sabak Bernam utk ke umah adik aku di S.Alam. Plan dia nk bertolak dr S.Alam sbb takut jem. Cuti sekolah baru stat kan. Jadi, malam tu smpai n lepak2 terus tertido.

Esoknye pagi2 dlm kul 8.30 cmtu kami tolak dr S.Alam. Aku meseg Aman fotografer merangkap kawan aku..ekekeke. tp takde blsan. Hmm..dia kata ada event kat skolah, kena jadi guru baca doa. Aku dh tak sedap hati. Mana tak, bawak famili2 ni.kena tunggu plak kang..nk ke Kuala Terengganu ni, bukan nk ke Sepang. Aku bawak diorg jln lalu Guthrie nk ke Damansara Damai. Mmg jln jauh le..kuar hway Rawang. Ni sume utk lengahkan masa skit. Siap msuk salah konar bagai.

Bila smpi depan umah Aman dia masih tak kuar dr skola. Aku dh nk fedup dh ni. Dlm kepala aku tgh pk fotografer lain atau mintak dia gi je ngn keta sendiri. So, aku slow talk ngan famili, kami pn tggu la kat depan umah tu dlm setengah jam. Dia smpi je terus pikap barang2 dia n kami bertolak. Pakcik sorang tu dh kuar dr Lanchang. Hmm..aku mintak dia tggu kami. Sian dia tggu lama.

Pendekkan citer, smpi je kat Homestay di tempat wife aku tu. Sume rehat dn baring2. Aku kuar utk cari kopok lekor dan air smbil tnggu nasi dan lauk dari umah wife. Sbnrya tggu kejap je. N byk tu lauk. Tp dah makcik pakcik kata lapa. Aku suh tggu kang, kecoh plak. Aku kuar gak la beli something.

Pagi tu pn masih lagi aku tak rasa nk bernikah..tak nebes. Layan TV je. Dlm kul 10 baru aku siap2. Haaa..Meh tgok aku siap2;


Haaa kau...siap bersilat dulu. Pengantin lain takde moment ni tau....sangat eksklusif. Dibawakan oleh mak ku yg comel dan lucu..ekekekeke. Settle je pakai baju..tggu signal message dari Cembam, kami pn bergerak ke umah beliau.

Ni pose last sblum kuar umah..bersama duit mas kawin berupa seplo ekor burung dalam sangkar..ekekeke..wa punye idea tu. Tp reben itam..malas beli warna matching..ahahahaha.

Smpi kat umah Cembam, sudah menunggu daaa tok Imam and rupanya Cembam dh pun sign borang2 yg patut. Patut la lepas akad Cembam tak sign pape..upanya sementara menunggu kami sume tu settle dah...huhuhu. So, aku pn dh citer pasal akad kan. And lagi satu, kat ganu saksi borang tu upanya kena ada gak. Kira time nikah 2 saksi sign borang tu patut ada. Kat tmpat aku saksi 2 org yg kuarga pompuan punye je perlu ada. Saksi borang tak perlu. Mujur ada 2 org pakcik ikut..kalau tak mmg abah sorang je laki.

Kih kih..ni rasanya time dia kata aku lafaz tak senafas..hmmm..takde dlam rukun pun senafas sume ni..tp kita layan je la. Adik aku tgh amek video kat kamera digital dia..gelak suke le beliau aku wat 2 kali...laki dia sekali..tp wat cam aku gak. Hehehehe.

Ayah mertua ku

Ayah aku

Mak dan ciuman blessing beliau..terharu aku masa ni.
Ibu mertua ku

Majlis akad nikah umah Cembam sangat sempoi. Kami blur gak nk buat apa akad n salam-salam tu sebab pakcik dia dh ajak makan. Ait?? takde sarung cincin, batal air smbhyg or sujud syukur sume tu ke? So last2 kami buat sendiri je..amek port n start sarung cincin.

solemnization 2

So, InsyaAllah blog ni akan di hapdet sll dengn kisah2 kami mengharungi hidup berumah tangga. Mana la tau ada yg leh amek iktibar atau tips..atau..meluat juge..tak kisah la.


P/S : gambar aku gigi cam lahanat la..takleh nk wat pe..korang terima je la ye.
read this entry further~~