Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Resepsi Seberang Takir

Tuesday, April 06, 2010 | |
Arkkk~~~ Aku bawak keta petang semalam ronda2 kampung Binjai, Kemaman ni cari port orang main takraw. Tp sudahnya mmg tak jumpa. Last2 pickup wife aku dari sekolah n gi carik makanan kat pasar malam situ..Tp tak malam la time pergi tu.

Petang ni pn mmg sangap aku dok umah. Takde tempat nk beriadah le. Camne le kome-kome leh lepak umah petang2 tak buat pape. Nk hadap laptop dh muak..nak hadap bini??ekekeke...dia kata mau tidur, jangan kacau..penat kat sekolah. Haaa...So, aku pn terlelap la juge kat tepi beliau, bangun pening sudah..sbb tu tak digalakkan tidur lepas asar ni.

Ok la, sambung versi ke 4 My Big Day. Abes nikah2 sume tu, aku siap2 kat homestay. Time tu pakcik sorang tanya bila stat. Bgtu la kul 2. Sekali dh smpi depan umah takde daaa..Makanya mmg famili2 aku yg ciput ni je la berarak. Tp kecuakan itu ilang bila tgok wife aku adik beradik dia 2 orang je tggu kat pagar. Wahh..cukup byak dh rombongan aku nk dibandingkan beliau. Ahahahahhaa~~~

Ni Along. Dia la yg paling rajin sekali. Masih single ye..Cantik, stable dan berkerjaya. Sempoi dan mesra. Mahu try anta la CV kat aku ek.

Senyum lebar Cembam dpt kawin ngan aku..ekekekeke.

Gaya senyum Cembam yg terbaik setakat ni. Ala2 model gitu

Turqoise3

Ayman dan wife yg sudi datang pada hari tersebut. Mekaseyyy~~~~

So gerak le aku Raja sehari masuk umah. Panas bhetttt pakai baju pengantin ni. Jadi bahan tatapan macam tugu kat muzium je haaa..Abeh tu gi makan beradab. Pakai tangan je. Lapar weh. Ada la udang goreng yang lazat aku bedal. Tp aku doa dah tau. Ahahaahaha~~~~. Eh, wife aku nyampuk lak tgh tulis entri "orang tak makan pn udang". Hahaha...jaga gincu..sapa suh..

Abeh makan ada pakcik yg mintak beransur. Famili pn beransur juga sebab diorg nk ke pasar payang dan ke masjid kristal. Aku dok luar sat tgok ada ke tetamu yg aku perlu salam2. Tp adat kat ganu lain, aku tkyah salam sangat..tak kenal pn. So msuk blik sat, shoot, belah kek and then aku tggu wife aku smyang n solek kali kedua utk outdoor.



Pose terakhir dlm bilik sebelum outdoor

Kami kuar dlm kul 6 pas siap mekap ke masjid kristal ditemani adik bongsu wife aku ngan sepupu beliau. Ada 2 lg psangan shoot kat situ. So tak kekok sangat la. Yg tak tahan tu time tengah posing ada makcik tu tanya, "ni model ke kawin betul?". Kami jawab la kawin betul, majlis baru lepas. Pastu aku bisik kat wife aku. "agak2 la model..tau la hensem dan cantik kan...wahahahahaha". Then tetiba lagi sorang makcik lalu, pass kamera beliau kat fotografer aku ckap nk bergambar..WAHHHHH~~~~ popular siut. tp bukan salah makcik tu nk bergambar, dh memang kami berseri meri kannnnn~~~

Masa ni ramai tgok ....segan. Tp bila ada yg kata dr jauh.."sweetnya". Terus OK je..ekeke

Turqoise8

Cembam was not helping..tak menginjak langsung masa aku angkat. Terpaksa bergantung pada keupayaan muscle bisep dan  tricep ku yg gagah ini.

Turqoise7

Turqoise6

Fuh..aku suke gambar ni. lagi2 selepas aku edit begini..ehehehe. Mesej dapat disampaikan

Time pose kat tepi pagar hadap sungai pn satu bot ni ramai2 lambai kat kitorang..wahhhh~~~~ siyes dia tak lambai pasangan yg lagi dua tu tau..so kami pn lambai la ala2 rajaaaaeeee~~~~ Ahahahaha~~~. Haaa..kauuu~~~ Femes gituuuu~~~. Tp matahari turun sangat cepat. Mula2 panas pastu tau2 dh gelap. Bila stat nk azan maghrib kami pn beransur pulang.

Masa ni fotografer shoot utk ambik candid moment. Smbil jln aku ckap kat Cembam "wat mcm besa..sembang something. Haaa..Malam ni camne?". Then Cembam jawab "eeeiii..takut la..tkyah dulu ek..". Ekekekekeke.

Time amek gambar ni la...satu bot sudah lalu smbil melambai..kami pn lambai balas la..ada gambar bot tu..tp gelap..tak edit lagi.

Kualiti gambar out skit..sbb gambar gelap. Dh edit to the max dah ni..

Turqoise14

Fuuhhh...mmg penat jadi pengantin. Kuarga aku lak buleh serempak gak ngan aku masa kat masjid kristal. Ekekeke..Diorg singgah beli kopok. Baju aku kat homestay. Jadi time kat umah mertua, aku set nk jamak takhir smbil tunggu mak mertua aku tapau kan makan malam utk famili aku. Smbil tunggu bodoh, mandi pn takleh kan..takde baju..aku gi la tolong ayah mertua aku yg dh pun sibuk2 basuh periuk besaaarrr tu. Ada 6 gak le..tonyoh..pakai singlet n suar butik. Ahahahahhaha.

Siap sume, aku anta mknn and mandi kat homestay. Then balik umah mertua sebab ada kawn wife datang. Fuhh..abis sume tu baru aku rasa penat. Terus masuk tidur..tutup lampu n dendangkan lagu Selamat Malam dr Faizal Tahir utk wife ku. Ekekekekeke~~~

2 comments:

Cik Norfa said...

semua gambar cantik... :)and terserlah berseri2 nya wajah korang nih.

zurainah said...

oit pakcik..nape aku xtau ko kahwin..ke shafiz lupe nk bgtau aku..hee..camne pun tahniah..lawa cembam..heeee