Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

expenses

Thursday, April 30, 2009 | | 4 comments

Hmm...Dah ada moto baru ni, kena la bayar RM203 sebulan plak. Jadi expense dh bertambah 200 sebulan. Bermakna nk simpan 1K sebulan dh terbantut 200 plak. Bulan ni lak ada utang kredit kad 200..hmm..hutang raket RM50..hmm. Then mak cabut gigi 100. Haa..kalau ditolak sume..tggl baper.


Alang2 ckit je dpt menyimpan ni..aku teruskan niat nk melawat Cembam minggu depan time cuti 3 hari sempena Wesak. So far mmg ON. Cembam pn cuti ari ahad tu..Ok lah sangat dh. Tapi sbb cuti 3 hari, cembam nak balik kmpung. Kira bukan lepak kemaman mcm first plan lah.

Nnt nk jln2 pn kena bawak adik dia lah. Nk berdua kat tmpt org aku kekok la plak. Bukan la mksud selama ni wat jahat berdua..takde wat pa pun..tp bila kat tmpt sendiri...kmpung lak tu..takut ada yg pandang serong. SO, prevention is better than cure la kan.
Aku lak tadi beli beg dr forumer. Aku mmg takde beg kamera yg proper..aku sumbat je dlm beg laptop aku yg serbaguna habess ni..takut lak rosak nnt. So aku deal la semurah mungkin ngan forumer. Td dpt la beg rega 400 dengan rega 250...so amek la. Bila bgtu Cembam dia kata jgn merungut2 takde duit sudah...huhu


Dia tak tau lagi aku beli perfume utk dia...eehehhe...

read this entry further~~

Dilema

Wednesday, April 15, 2009 | | 0 comments
Kebelakangan ni rata2 staf kat level 9 ni terutamanya yg berbangsa melayu mmg demotivated abis. Kenapa bangsa melayu? Sebab masalah kemelesetan ekonomi yg mula mencengkam SHELL telah menyebabkan pengurusan SHELL utk meenggunakan pendekatan outsourcing then downsizing.

Ramai la pastinya yg kena buang atau ditukar kan department. Pekerja kontrak terpaksa mencari tapak dlm team2 lain yg kiranya memerlukan staf. Kebykan yg terkena tempias nya mmg melayu lah. Biasa lah..ini adat survival. Kalau yg di atas bgsa lain, bagsa lain lah yg menjadi mangsa.

Bila kena mcm ni, terkena secara terus juga kompeni aku sebab Shell merupakn klien terbesar syarikat aku. Baru2 ni, team testing telah mengurgkan tester dr syarikat aku dr 60 org ke 30 org. Bygkn la 30 org ni syarikat aku nk tempatkn dlm projek mana. Kesannya, susah nk dapat kenaikan gaji.

Aku dh mula terasa nk tukar angin, carik jawatan kosong yg bersangkut paut dengan kemahiran yg aku asah selama 2 tahun dlm syarikat ni. Cembam mencdgkn agar aku memohon jawatan dlm kerajaan. Aku sbg lelaki pastinya berfikir tntg gaji. SAP ni dpt memberikan gaji yg lumayan kepada aku bila smpi masanya. Aku nk ambil risiko dan peluang tu.

Tp kerja kerajaan pulak membolehkan aku utk meminta ditempatkn di mana2 tmpt yg aku hendak (harapnya). Cadangnya nk duduk di kampung sikit. Bukan yg betul2 di tgh bandar. Sara hidupnya tak lah tinggi sangat. Lgpun nk besarkan anak pn tidaklah terlalu tercabar dengan pengaruh luar yg negatif.

Perlu juga aku beristikharah ni..hmm..mahu keluar dr syarikat ini?? Memohon jawatan kerajaan??atau bagaimana??
read this entry further~~

Bajet

Monday, April 13, 2009 | | 0 comments
Hari ni skip lunch. Ada roti gardenia yg beli 2 malam lepas. Dh beli peanut butter..better abihkan roti tu..kalau tak membazir. Bawak pergi ofis. Makan kat ofis. Tu yg skip lunch tu.

Bila skip lunch bermkna aku save lg dlm 6 ringgit. Wpun kecil, tp kesannya..duit sara diri aku akan lebih berpotensi utk cukup smpi akhir bulan. Bila cukup..tkyah la aku kuarkan duit lain yg mungkin akan ganggu duit simpnn kawin aku. Huhu..Ni jugak berfungsi utk perbelanjaan lain. Kot jumpa klien cam mlm ni diorg ajak karoke. Aku nk gak berhibur..dlm ms yg sama aku jga r/ship dgn client..haaa

Tgh berfikir2 nk beli moto baru..hmmm..bukan apa. Bila dipikirkn aku guna moto lebih kerap dr keta..yelah nk pergi keje kan..tknak mengharung jem yg menyebelkan silet. Jd sptutnya moto kena la dlm tip top condition sbb digunkn sll. Membabitkn nyawa. Skang benaffey aku tu cam dh terkujat2 atas trek..ehehe. Cam tak stabil. Kot suatu ptg di tgh2 kereta..aku terhumban sbb fork patah ke apa..camne? nk repair byk gak mkn duit..tu rasa nk beli moto lain tu.

beli kena ikut kemampuan plak. Tknak gunakan sgt saving susah pyah aku tu. kalau ikut kemahuan mestilah targetnya lain..hmm hmmm.

DH kurus kot aku skang..ke sama je..hehehe..byk kali dh skip lunch ni. Balik kadg makan goreng pisang, takpun maggie. Hmmm..betapa aku giat dan berdedikasi utk kawin ni. Haa..salahkah kalau aku sakit hati bila kahwin nnt kena makan luar dan tak dilayan slpas apa yg aku harungi utk mengecapi dan memasuki alam perkahwinan tu?? berbaloi kah??
read this entry further~~