Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Hanya kerana basikal

Thursday, February 12, 2009 | |
Afiqah baru melangkah masuk ke alam persekolahan sekolah menengah. Alhamdulillah, UPSR dan Sijil Agama nya cemerlang. Ada juga tawaran yg datang ke rumah, tp hanya dibiarkan begitu. Biarlah dia bersekolah di kampung saja. Dekat dengan abah dan mak..boleh tolong tengok tengokkan mak.

Abah menghadiahkan Afiqah sebuah basikal utk kejayaannya. Amat sukar utk si abah menghadiahkan sesuatu begitu. Tp anak2 sangat faham. Di benak mereka, alasan tidak berduit disemat. Tp abah skrg sudah kaya. Kebun sawit yg diusahakan bersama anak2 kala kecil dahulu skarg membalasa jasa. Berbuah bertan-tan. Suatu ketika sebulan abah mampu meraih hampir 3 ribu. Tetapi, sifat abah..hampir kesemua duit hasil itu dimasukkan ke dalam akaun abah.

Hari itu, Afiqah dihadiahkan sebuah basikal oleh pihak sekolah atas kecemerlangannya. Basikal kali ini lebih ranggi. Mountain bike yg bergear. Kami bergembira utk Afiqah atas hadiah tersebut. Ttp lain pula cerita si abah. Dia mula mengeluh. Membazir duitnya saja abah kata. Abah kata kalau dia tak ikut kan saranan mak utk membelikn basikal utk Afiqah, takdelah smpi 2 buah basikal yg ada.

Apa lah masalah basikal smpi dua. Boleh diberi kepada si kakak utk ulang alik ke kelasnya di UPM sana. Lagi pula, boleh dijadikan basikal spare yg satu lagi itu. Tp bg abah..ia suatu masalah besar. DIa bertekad mahu menjual basikal pemberiannya. Ketika kami pulang ke kampung, kami sudah pn memberitahu abah yg dia tidak perlu menjual basikal yg satu lagi itu.


Kelmarin, mak menelefon aku. Missed call nya aku fahami. Lalu aku terus menghubungi mak. Tangis esak aku dengari di hujung talian. "Abah jual basikal adik". Benda pertama yg mak lafazkan pagi itu. Dia bercerita dgn kesedihan. Mengapa dijual padahal si kakak mahu menggunakannya nnt. Tp si abah kata si akak taknak basikal tersebut. Diam2 dia jualkan kepada orang yg membantunya di kebun sepeninggalan anak2 laki nya yg tak dapat membantu di kebun.

Mak hulurkan telefon kepada Afiqah. Aku memujuk adik utk sabar dengan karenah abah. Bukan lah kita tidak tahu perangainya mmg begitu. Adik mengiyakan sambil menangis sedikit. Bagi adik hadiah abah itu bermakna kerana pemberian yg julung2 kali dari orang tuanya.

"aku tak kisah abah jual basikal tu. tapi tadi ditolaknya emak smpi terduduk". Mendengar penjelasannya aku terkaku sebentar..Abah..abah. Tidak berubah. Malah makin teruk semakin usianya meningkat.

Pagi tadi aku telefon emak bertanya khabar. Mak bercerita lagi sedikit apa yg terjadi pagi basikal itu mahu dijual. Bila emak memarahi abah, abah kata emak melawan dan mengangkat tangan. Adik menjerit sambil menghalang. Ditekan adik ke dinding sambil mahu dipukul. Emak pula merangkul abah utk menghalang. Abah berpaling ke arah mak seraya mahu menampar mak. Emak mencabar...emak mengingatkan abah suatu masa dulu perkara yg sama telah berlaku..mengingatkan abah hanya tinggal satu talak saja antara dia dan abah. Abah tak jadi memukul emak.

Abah bentak2 mahu menghantar emak pulang. Mujur emak yg mendengar dan sentiasa ingat pesan aku utk betahkan saja perangai abah tidak membalas. Jika membalas dan melepas perasaan, rasanya mmg sudah di kampung emak sekarang.

Abah abah...dulu kau menangis2 meminta emak pulang ke rumah. Bila emak duduk di rumah makcik Diah. Kau lupa abah? Hebat sangatkah kau mahu tinggal seorangan??

0 comments: